Kontroversi Semoga Abadi

Pada 27 Disember 2010, seorang penyanyi Indonesia yang dikenali sebagai Imaniar menuduh Misha Omar mencuri duah buah karya lagu miliknya berjudul Semoga Abadi dan Jangan Berakhir.

Imaniar berkata, lagu ini dicipta pada tahun 2000 ketika terikat dengan kontrak yang ditawarkan oleh BMG Indonesia untuk penghasilan 2 buah album. Kemudian, kononnya beliau ciptakan lagu ini bersama Yossi Hitiyaubesi. Album yang memuatkan lagu ini berjudul Imaniar, tetapi hit single menggunakan judul Semoga Abadi disertakan dengan video klip, tetapi tidak popular di Indonesia atas alasan tidak dipromosikan. Imaniar menambah, suara asalnya juga digunakan dalam lagu tersebut tanpa sebarang kredit kepada komposer & penulis lirik lagu Semoga Abadi di CD.

Secara logiknya, isu ini adalah di antara Tohpati dan Imaniar, namun begitu tempiasnya terkena kepada Misha kerana dikatakan menciplak lagu tersebut walhal versi asal nyanyian Imaniar tidak semerdu versi Misha. Isu ini menjadi perdebatan hangat ketika berlangsungnya perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 yang menyaksikan Malaysia mengalahkan Indonesia dengan 4 - 2.

Diskografi • Filmografi • Anugerah • Misha Omar Productions • Lagu Misha di AF •
Album studio
Misha (2002) · Aksara (2004)  · Misha Omar (2008)
Album kompilasi
Dia...Misha (2011) ·
Single
Lagu-lagu lain
Segalanya • Suluhkan Sinar • Tiada Lagi Tangisan • Tak Ku Duga • Percayalah Sayang • Teja Menanti Tuah • Mahathir • Wanita Perdana
Filem
GK3 The Movie (2005) · Main-main Cinta (2006)
Teater
Pengacaraan TV
Sehati Sejiwa (TV) (2009 - 2010)
Mentor